Friday, April 18, 2008

Skizofrenia

Skizofrenia adalah penyakit mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan berterusan pada penerimaan seseorang (perception) pada gambaran alam sebenar (realiti). Seseorang yang mengalami skizofrenia tanpa dirawat biasanya menunjukkan pemikiran yang tidak teratur, dan mungkin mengalami delusi atau halusinasi pendengaran. Walaupun penyakit ini biasanya memberi kesan kepada kognitif, ia juga menyumbang kepada masaalah teruk dengan perangai manusia atau emosi. Disebabkan terdapat banyak gabungan simptom, ianya sukar bagi menyatakan samaada ia adalah masaalah psikiatrik tunggal; dan Eugen Bleuler sengaja mengelar penyakit ini sebagai "the schizophrenias," (jamak) apabila dia mencipta istilah yang ada sekarang.

Diagnosis berasaskan pengalaman yang dilapurkan sendiri oleh pesakit, bersama tanda-tanda yang dilapurkan oleh pakar psikiatri atau sebarang pegawai perubatan terlatih seperti doktor dalam psychologi. Tidak terdapat ujian biologi objektif bagi skizofrenia, walaupun kajian mencadangkan genetik dan biokimia adalah faktor penyumbang utama. Penyelidikan kini dalam perkembangan masaalah ini sering kali menumpukan kepada peranan neurobiologi, walaupun punca organik yang jelas dan boleh dikenal pasti masih belum dijumpai. Dengan ketiadaan ujian makmal objektif untuk mengesahkan diagnosis, terdapat persoalan mengenai status skizofrenia sebagai satu penyakit rasmi.

Istilah "skizofrenia" diterjemah secara kasar sebagai "fikiran berkecai," dan berasal dari bahasa Greek σχίζω (schizo, "memecahkan" atau "membahagikan") dan φρ?ν (phr?n, "minda"). Walaupun etymologinya, skizofrenia bukannya sama dengan masaalah identiti berpisah (dissociative identity disorder), atau juga dikenali sebagai masaalah personaliti pelbagai (multiple personality disorder) atau "personaliti terpisah - split personality"; dalam popular culture keduanya sering kali dikelirukan. Walaupun skizofrenia seringkali mendorong kepada difungsi (dysfunction) masyarakat atau pekerjaan, tidak terdapat kaitan penyakit ini dengan kecenderungan kelakuan agresif.

Skizofrenia sering kali digambarkan sebagai simptom "positif" dan "negatif". Simptom positif termasuk delusion, auditory hallucinations dan thought disorder dan biasanya dianggap sebagai manifestation psychosis. Simptom negetif digelar sedemikian kerana ia dianggap sebagai kehilangan atau ketiadaan tabiat (traits) atau keupayaan normal, dan termasuk ciri-ciri seperti kesan psychologi rata, blunted atau terhad dan emosi, lemah pertuturan dan ketiadaan dorongan (motivasi). Sesetengah model skizofrenia termasuk kecacatan pemikiran rasmi (formal thought disorder) dan kesukaran merancang dalam kumpulan ketiga, "sindrom bersepah (disorganization syndrome)."

Tambahan lagi, mungkin terdapat kehadiran defesit neurokognitif (neurocognitive deficit). Ini mungkin dalam bentuk fungsi psychologi yang kurang atau cacat seperti ingatan, perhatian, menyelesaikan masaalah, fungsi exekutif (executive function) atau cognition sosial (social cognition).

Permulaan skizofrenia biasanya berlaku pada lewat remaja atau awal dewasa, dengan kaum lelaki cenderung menunjukkan simptom lebih awal berbanding kaum wanita.

Ahli Psychiatris Emil Kraepelin merupakan orang pertama membezakan antara apa yang diistilahkan olehnya sebagai dementia praecox ("dementia pramatang") dan penyakit psykhotik lain. Pada tahun 1911, "dementia praecox" dinamakan semula sebagai "skizofrenia" oleh pakar psikiatri Eugen Bleuler, yang mendapati istilah Kraepelin sebagai mengelirukan, kerana masaalah bukannya satu bentuk nyanyuk (dementia), samaada pramatang ataupun tidak.

Pendekatan diagnostik kepada skizofrenia telah ditentang, terutamanya oleh pergerakan anti-psychiatry, yang mendakwa bahawa mengkelaskan pemikiran atau tabiat khusus sebagai penyakit membenarkan kawalan masyarakat (social control) terhadap mereka yang dianggap tidak diingini oleh masyarakat tetapi tidak melakukan sebarang jenayah.

Baru-baru ini, ianya telah dikemukakan bahawa skizofrenia hanyalah dalam satu spektrum tabiat dan pengalaman, dan semua orang dalam masyarakat mungkin mengalami pengalaman seumpama itu dalam hidup mereka. Ini diketahui sebagai psychosis model continuum (continuum model of psychosis) atau pendekatan dimensi 'dimensional approach' dan paling jelas diperjuangkan oleh psychologist Richard Bentall dan psychiatrist Jim van Os.

Walaupun tiada punca yang sama penyebab skizofrenia telah dikenal pasti dalam kesemua individual yang diagnosed dengan keadaan ini, kini kebanyakan penyelidik dan pakar perubatan percaya bahawa ia disebabkan oleh gabungan oleh kedua-dua kelemahan otak manusia (samaada diwarisi atau didapati) dan tekanan pengalaman hidup. Pendekatan meluas yang diambil ini dikenali sebagai 'model tekanan-kelemahan' - (stress-vulnerability), dan banyak perdebatan saintifik sekarang menumpu kepada berapa banyak setiap faktor ini menyumbang kepada perkembangan dan pengekalan skizofrenia.

Ia juga dipercayai bahawa proses dalam awal [[perkembangan neural|perkembangan neural (neurodevelopment) adalah penting, terutama bagi proses sebelum kelahiran (prenatal). Dalam kehidupan dewasa, kepentingan khusus telah diletakkan pada fungsi (atau kegagalan berfungsi) dopamine dalam laluan mesolimbik (mesolimbic pathway) dalam otak. Theori ini, dikenali sebagai dopamine hypothesis of schizophrenia kebanyakanya hasil jumpaan secara tidak sengaja bahawa kumpulan dadah yang menghalang fungsi dopamine, dikenali sebagai phenothiazines, mengurangkan simptom psychotik. Bagaimanapun, teori ini dipercayai terlalu mudah (overly simplistic) sebagai penjelasan lengkap. Dadah ini telah dimajukan lebih lanjut dan ubat-ubatan antipsikhotik biasa digunakan sebagai rawatan barisan depan. Walaupun berkesan dalam kebanyakan kes, ubat-ubatan ini tidak diterima baik oleh ramai pesakit disebabkan kesan sampingannya yang kuat, dan kurang berkesan bagi sesetengah individual.

Perbezaan dalam struktur otak telah didapati diantara mereka dengan skizofrenia dan dengan mereka yang lain. Bagaimanapun, ini cenderung boleh diharap pada tahap kumpulan, disebabkan kepelbagaian yang meluas antara individual, mungkin tidak boleh diharap masa kini bagi individual tertentu.


काउ अदालाह रचून

bila ada,bermaharajalela.bila tiada,terasa rindu pula.tapi sampai bila?sampai ke tua?eh sedarlah wahai manusia.ada akal,fikir.iman tu nak letak dekat mana?dekat kepala lutut?dunia sementara.akhirat selamanya.ingat!aku pun lebih kurang juga.cakap pandai,tapi sama!hipokrit?logikkah hipokrit di zaman sekarang ini?siapa yang ambil kisah?ya atau tidak,aku tengok sama saja.kaw putih,tapi dalam kau hitam.habis yang hitam,dalam pon hitam?belum tentu!kau nampak baik,tapi betul ke hati kau baik?belum tentu!ikhlas atau tidak itu sudah menjadi cerita no 2.yang penting lepaskan diri dulu.eh kenapa kau?aku bukan kenal kau sangat pun.tapi kau tipu aku?ah peduli apa.itu dunia.kau nak buat apa kau suka,itu kau punya cerita.aku tetap jalan terus.kau halus!aku dah biasa tengok orang2 yang macam kau.jadi minta maaf lah ya!aku dah tak hairan dah.aku poyo?apa kau susah?aku berlagak?memang betul!apa kau susah?aku tidak macam orang2 keliling kau?perlukah aku nak jadi macam mereka hanya untuk kenal kau?eh minta maaf.aku adalah aku.apa kau susah?aku tak hidup untuk kau dan aku tak mati kalau tiada engkau.kau nak anggap aku apa itu terpulang.apa?ayat2 aku tunggang terbalik?apa kau susah?hahahaha.kenapa?ha luw piker la sendiri!

Sunday, April 13, 2008

Lingkaran Bima Sakti

Kerdipan bintang menyuluh rembulan
yang megah menopeng watak sang suria
tika malam menghembus segenap sudut
dan bila tiba di satu satah
mayapada gelap gerhana
buat pungguk terkial bersiul memanggil purnama
syahdu dalam sepi.

Di atas tanah pusaka
yang diselimuti atmosfera
yang dibanjiri hidrosfera
yang ditongkati litosfera
khalifah bergelar manusia membina mahligai bahagia
mentadbir alam dengan setia.

Kadang tinggi di lembaran langit
diteroka seketul ais dan debu bergezet komet
bersiar bersama nama mencari orbit di cakerawala
mempersembah diri pada pujangga
rela dinoda demi membongkar rahsia
setiap cebis anggota tubuhnya.

Di atas bima sakti ini
berurutan sembilan planet indah mendabik diri
yang lahir entah berjuta dekad lalu
berputar di atas paksi tanpa henti
beredar di orbit tak bertali
menunggu waktu untuk diziarahi.

Diam - Senyap - Sunyi

Diam .. tak bermakna aku takut
Diam .. tak bermakna aku mengalah
Diam .. tak bermakna aku bodoh
tapi aku diam kerana dia ..

Senyap .. tak bermakna tidak bernyawa
Senyap .. tak bermakna tidak berkata-kata
Senyap .. tak bermakna tidak bergerak
tapi aku senyap kerana dia ..

Sunyi .. tak bermakna kosong
Sunyi .. tak bermakna gelap
Sunyi .. tak bermakna sepi
tapi aku sunyi tanpa dia ..