Wednesday, October 31, 2007

Dilema Melayu - Tun Dr Mahathir Mohamad

DILEMA MELAYU Tidak semua sejarah yang akan bersetuju dengan tafsiran yang dibuat oleh Dr Mahathir Mohamad mengenai kejadian-kejadian sejarah atau hal-hal yang baru berlaku di Malaysia dan Singapura.Karya ini sudah tentu akan menjadi sebuah buku yang kontroversial dan sudah pastilah pengarangnya akan terpaksa mempertahankan pendapat-pendapat dan kenyataan-kenyataannya . Malahan beliau akan disoal mengenai ketepatan data-data sejarah dan biologi. Tulisan ini bukanlah suatu kajian yang objektif. Bagaimanapun, buku ini diterbitkan kerana tulisannya mencerminkan cara pemikiran dan kepercayaan orang Melayu yang moden, berpelajaran dan progresif. Inilah reaksi beliau terhadap masalah-masalah masa kini, iaitu masalah paling penting yang dihadapi oleh Malaysia. Beginilah pemahaman orang Melayu yang cenderung pada politik terhadap masa lampau, menerangkan tingkah laku kaumnya sendiri dan tingkah laku pendatang-pendatang, dan melihat keadaan masa depan.Pada masa yang lalu memang agak sukar hendak mengetahui cara pemikiran orang Melayu. Seperti yang diterangkan oleh Dr. Mahathir, orang Melayu selalu melindungi rakan-rakan dan musuh-musuh mereka dari mendapat malu dan dengan berbuat begitu mereka menyelubungi pemikiran mereka yang sebenar.Kini, bagi pertama kalinya seorang Melayu telah mengkaji dan menganalisa sifat orang Melayu, keturunan mereka, cara hidup mereka dan agama mereka. Beliau telah mendedahkan segala-segalanya. Beliau berpendapat bahawa pendedahan ini adalah perlu bukan sahaja untuk menggalakkan orang Melayu mengenal diri mereka sendiri,tetapi juga supaya orang bukan Melayu akan lebih memahami reaksi orang Melayu terhadap masalah-masalah masa kini.
p/s:buku nih pernah diterbitkan pada 1982 dan sekarang diterbitkan semula pada tahun 2007 dengan cover yg baru.check out this book.dan buka minda melayu anda.=D

0 comments: